'Muscle Up Exercise'

Sumber: http://junioraulad.com/

Dalam usia yang masih kecil, otot-otot jari dan tangan mereka belum dapat diguna dengan baik untuk menulis.
Jari juga kadang kala ‘keras’ untuk memegang pensil.
Tetapi, jari jemari mereka boleh ‘dilembutkan’ dengan latihan yang sangat menyeronokkan, iaitu menCONTENG-CONTENG kertas!
Berikan mereka buku/kertas, pensil warna atau krayon dan biarkan mereka conteng buku itu berulang-ulang kali.

Ajar Anak Memegang Pensil Dengan Betul


Ya, ajar mereka pegang pensil dengan betul.
Pakar menyarankan supaya beri mereka pensil yang kecil kerana secara tidak sengaja mereka terpaksa memegang pensil dengan hujung jari.
Cara yang betul adalah pegang pensil dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah. Namun tak mengapa jika anak anda pegang dengan ketiga-tiga jari mereka
Oh ya, bagaimana anak kidal?
Bak kata orang tua, belakang parang diasah2 tajam juga. Ajarkan dia guna tangan kanan, disana ada barakah kerana ia sunnah. Ramai juga ibu bapa yang berjaya menukar cara anak mereka menulis, dari tangan kiri ke tangan kanan
(jangan paksa2, perlahan2)

Atur Kedudukan Menulis Yang Selesa


Yang terbaik, biarkan mereka duduk diatas kerusi dengan kedua-dua kaki rata diatas lantai dan badan ditegakkan. Meja pula tinggi sedikit dari paras siku.
Jika mereka agak kekok, boleh juga cuba cara ini…
Dapatkan ‘easel’ (maaf, tak pasti apa dalam BM) seperti dalam gambar dibawah.  Kedudukan papan yang sedikit condong membantu mereka memegang pensil & menggerakkannya dengan lebih baik.
A Easel Collage

http://www.drawyourworld.com/writing/

0 comments:

Post a Comment