Kenali Kami

Prasekolah SKPP 8 (1) telah dibina pada tahun 2006 dan mula beroperasi pada tahun 2007 di bawah pentadbiran Guru Besar;  Puan Hajah Rohayati Binti Haji Mansor. Guru perintis prasekolah ialah Encik Khasmizan Bin Khamis dan Puan Haslinda Hashim bersama-sama seorang Pembantu Pengurusan Murid (sambilan). Seramai 34 orang murid telah ditempatkan di dua kelas yang berkenaan. Pada tahun yang 2008 sebuah lagi kelas dibina di bawah  program peluasan prasekolah tahun 2008 dan diuruskan oleh Guru; Puan Norhafilah Binti Mohammad Khawari bersama Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Dengan itu, menjelang tahun 2008 telah terdapat 3 kelas prasekolah yang beroperasi sepenuhnya dengan nama Prasekolah Matahari, Prasekolah Orkid dan Prasekolah Seroja.  Namun pada tahun 2013 dan 2014, nama kelas prasekolah telah ditukarkan sebanyak 2 kali dan kini dikenali dengan nama kelas Prasekolah Cerdik , Prasekolah Bijak dan Prasekolah Arif dan diterajui oleh pentadbiran baharu, Guru Besar Cemerlang;  Puan Hjh. Naemah Binti Ismail.



Daripada aspek, enrolmen Prasekolah SKPP 8 (1) telah berjaya mencapai 100% -  iaitu kapasiti penuh seramai 75 orang murid sejak 3 tahun yang lalu.  Dengan prasarana, tenaga pengajar dan PPM yang ada,  kami berharap prasekolah SKPP 8(1) dapat memenuhi keperluan akademik, ko kurikulum dan sahsiah murid-murid pada tahap yang optimum.