Cara-cara Mengisi Borang Permohonan Online Prasekolah Melalui Sistem Permohonan Online

Langkah 1 : Pastikan anda membaca dengan teliti dan memahami pengenalan, tatacara dan panduan permohonan sebelum mengisi borang Permohonan online.
Langkah 2 : Isi borang permohonan online seperti gambarajah dibawah.
Langkah 3 : Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan ikut langkah seterusnya sehingga habis.
Langkah 4 : Pastikan semua maklumat diisi dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal.
Langkah 5 :  PENTING!!! Anda dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan kemudian hantar ke sekolah yang di pohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat bagi tujuan perakuan permohonan. 

Langkah 6 : Anda boleh menyemak status permohonan anak anda seperti yang ditunjukkan pada gambarajah 6A - 6C.
Gambarajah 6A


Gambarajah 6B





Gambarajah 6C
---------------------------------------------------------
Gambarajah di bawah menunjukkan permohonan online yang tidak lengkap. Ia sering berlaku pada bahagian perakuan, di mana ibu bapa/penjaga tidak menghantar slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Proses ini AMAT PENTING kerana pihak sekolah perlu menyemak dokumen dan membuat perakuan permohonan.
Oleh sebab itu, pastikan anda membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat, tatacara dan panduan permohonan yang telah ditetapkan sebelum mengisi borang permohonan online.

0 comments:

Post a Comment