MESEJ 5 MINIT TENTANG PENCEGAHAN DENGGI BAGI PELAJAR SEKOLAH

Bagi mencegah penularan kes denggi, para pelajar diminta menjaga kebersihan persekitaran di sekolah dan rumah masing-masing. Antara perkara-perkara yang perlu untuk dilakukan adalah : -
1.      Membuang sampah sarap ke dalam tong sampah atau tempat khusus yang disediakan.
2.      Memeriksa kawasan persekitaran rumah dan sekolah sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit setiap minggu.
3.      Cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes :
·         Bekas-bekas Styrofoam / plastic pembungkusan makanan
·         Bekas-bekas Styrofoam / plastic pembungkusan minuman
·         Tong dan tin cat kosong
·         Baldi dan bekas yang digunakan untuk menakung air
·         Pam tandas
4.      Memeriksa dan membersihkan alas pasu bunga.
5.      Para pelajar boleh meminta ibu bapa mengambil tindakan berikut untuk mengelakkan/melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes :
·         Menggunakan semburan aerosol di dalam rumah di antara 6 hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam. Sila melakukan perkara-perkara berikut :
ü   Pastikan tiada penghuni di dalam bilik semasa semburan aerosol dijalankan
ü   Tutup semua tingkap dan pintu dan jangan biarkan makanan terdedah
ü   Sila patuhi arahan penggunaan pada label botol aerosol untuk keselamatan

ü   Sembur aerosol di serata bilik selama 5 hingga 10 saat




0 comments:

Post a Comment