Pendaftaran Dan Taklimat Prasekolah Bagi Sesi Persekolahan 2016
MAKLUMAN HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID PRASEKOLAH SESI 2016
Tarikh : 1 Disember 2015
Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga
___________________________________
Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,
HARI
PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID PRASEKOLAH SESI 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Hari Pendaftaran dan Orientasi Prasekolah kepada murid-murid
yang telah membuat pengesahan penempatan di sekolah ini akan diadakan pada
ketetapan berikut:
Tarikh :
28 Disember, 2015 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Prasekolah, SK
Putrajaya Presint 8(1)
Pengisian :
·
Pendaftaran
dan Pengurusan Rekod & Keperluan Murid
·
Ucapan
Aluan Guru Besar
·
Pelantikan
Jawatankuasa Pemuafakatan 2016
·
Taklimat
Prasekolah
·
Mesyuarat
Jawatankuasa Pemuafakatan Bil. 1/2016
3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya
memohon Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan supaya hadir bagi melancarkan pengurusan
pendaftaran dengan membawa bersama dokumen-dokumen yang masih belum diserahkan
mengikut keperluan sepertimana dalam Surat Tawaran
Kemasukan ke Prasekolah Tahun 2016.
4. Segala
kerjasama daripada pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan
diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t/t
…………………………………...
(HJH. NAEMAH
BINTI ISMAIL)
Guru Besar Cemerlang
SK Putrajaya Presint 8(1)
Subscribe to:
Posts (Atom)