1) Murid hendaklah datang tepat pada masa yang ditetapkan.
2) Masa persekolahan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
3) Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan kepada guru kelas/penyelaras/pihak sekolah. Surat sijil sakit atau ketidakhadiran atas sebab-sebab peribadi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
4) Murid yang demam/tidak sihat tidak digalakkan hadir ke sekolah terutama yang menghidap penyakit yang boleh berjangkit.
5) Murid hendaklah memakai pakaian mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:-
ISNIN & JUMAAT
Uniform Prasekolah
SELASA & KHAMIS
Baju Sukan Prasekolah
(Merah Jambu & Biru)
RABU
Baju Sukan Kokurikulum
(Ungu & Jingga)
6) Murid tidak dibenarkan memakai perhiasan atau aksesori sepanjang persekolahan.
7) Murid hendaklah memakai kasut sekolah (Putih) serta berstokin.
8) Murid perempuan dibenarkan memakai tudung berwarna putih.
9) Semua hak milik murid seperti kasut hendaklah ditanda nama murid.
10) Makanan dan minuman disediakan oleh pihak sekolah sepanjang murid berada di prasekolah.
11) Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak mereka alah kepada sebarang makanan atau tidak boleh makan sesuatu atas faktor agama.
12) Wang saku tidak perlu dibekalkan kepada murid.
13) Ibu bapa/Penjaga WAJIB mengambil anak pada jam 12.00 tengah hari setiap hari persekolahan.
14) Kenderaan ibubapaTIDAK DIBENARKAN MASUKke dalam kawasan sekolah untuk tujuan mengambil/menurunkan/menunggu anak. Langkah ini dapat memastikan keselamatan murid terpelihara.
15) Kerjasama diperlukan untuk sebarang aktiviti yang melibatkan ibu bapa/penjaga. Contohnya, gotong-royong, aktiviti anjuran prasekolah atau lawatan.
16) Sebarang kemalangan yang berlaku selepas waktu persekolahan adalah tanggungjawab ibu bapa/penjaga. SEKIRANYA ibu bpa/penjaga terlewat mengambil anak pada waktu ditetapkan, ibu bapa/penjaga perlu menghubungi guru kelas untuk memaklumkan sebab kelewatan.
17) Ibu bapa/Penjaga DILARANG sama sekali berada di kawasan sekolah amnya dan di kawasan KELAS PRASEKOLAH khususnya sepanjang SESI PERSEKOLAHAN berlangsung kecuali di atas kecemasan atau dibenarkan oleh GURU BESAR.
18) Ibu bapa/Penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke kelas prasekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi memastikan emosi murid tidak terganggu.
19) Perjumpaan ibu bapa/penjaga dengan guru kelas boleh dibuat pada waktu pagi sebelum pengajaran dan pembelajaran atau selepas murid pulang sahaja dengan temujanji.
20) Ibu bapa/Penjaga menyediakan sepersalinan t-shirt sukan (putih) serta seluar track-suit di dalam beg sekolah pada setiap hari.
21) Nombor telefon ibu bapa/penjaga yang terkini diberikan kepada guru kelas supaya guru dapat menghubungi ibu bapa/penjaga dengan kadar segera seandainya berlaku kecemasan.
22) Segala peraturan WAJIBLAH dipatuhi.
23) AKUJANJI IBU BAPA/PENJAGA hendaklah diserahkan semula kepada guru kelas setelah lengkap dan ditandatangan.
2 comments:
congrats cikgu! indeed our player is super super fast! we enjoyed the games!
alhamdulillah, thank you :-)
Post a Comment