'Muscle Up Exercise'

Sumber: http://junioraulad.com/

Dalam usia yang masih kecil, otot-otot jari dan tangan mereka belum dapat diguna dengan baik untuk menulis.
Jari juga kadang kala ‘keras’ untuk memegang pensil.
Tetapi, jari jemari mereka boleh ‘dilembutkan’ dengan latihan yang sangat menyeronokkan, iaitu menCONTENG-CONTENG kertas!
Berikan mereka buku/kertas, pensil warna atau krayon dan biarkan mereka conteng buku itu berulang-ulang kali.

Ajar Anak Memegang Pensil Dengan Betul


Ya, ajar mereka pegang pensil dengan betul.
Pakar menyarankan supaya beri mereka pensil yang kecil kerana secara tidak sengaja mereka terpaksa memegang pensil dengan hujung jari.
Cara yang betul adalah pegang pensil dengan ibu jari dan jari telunjuk, dan dialas dengan jari tengah. Namun tak mengapa jika anak anda pegang dengan ketiga-tiga jari mereka
Oh ya, bagaimana anak kidal?
Bak kata orang tua, belakang parang diasah2 tajam juga. Ajarkan dia guna tangan kanan, disana ada barakah kerana ia sunnah. Ramai juga ibu bapa yang berjaya menukar cara anak mereka menulis, dari tangan kiri ke tangan kanan
(jangan paksa2, perlahan2)

Atur Kedudukan Menulis Yang Selesa


Yang terbaik, biarkan mereka duduk diatas kerusi dengan kedua-dua kaki rata diatas lantai dan badan ditegakkan. Meja pula tinggi sedikit dari paras siku.
Jika mereka agak kekok, boleh juga cuba cara ini…
Dapatkan ‘easel’ (maaf, tak pasti apa dalam BM) seperti dalam gambar dibawah.  Kedudukan papan yang sedikit condong membantu mereka memegang pensil & menggerakkannya dengan lebih baik.
A Easel Collage

http://www.drawyourworld.com/writing/

Jadual Kelas Pra Arif 2015



Minggu Orientasi 1, Tahun 2015









Hari pertama persekolahan...membimbing murid untuk meletakkan kasut dengan betul
Letak kasut mengikut kod nombor masing2
Jom melawat persekitaran sekolah
^_^


Cikgu tengah bercakap dengan siapa ni...hehe
^_^
Padang sekolah...
^_^

Hehe...

Senaman ringan


























TIPS HARI PERTAMA KE SEKOLAH


Sesi persekolahan baharu akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Ibu bapa yang mempunyai anak pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah pastinya akan menghadapi sedikit kesukaran di awal-awal persekolahan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu:-

1. Elak ibu menghantar anak ke sekolah
Siapa yang paling rapat dengan anak AYAH atau IBU? Lazimnya anak memang susah nak berpisah dengan ibu. Maknanya, elak ibu menghantar anak ke sekolah kerana mereka akan menangis tidak mahu berpisah setelah ditinggalkan.

2. Nasihat dalam perkataan positif
Elakkan memberi nasihat dengan perkataan yang negatif, seperti contoh 'jangan takut, jangan menangis, jangan berlari'. Perkataan 'jangan' menggambarkan sesuatu akan berlaku jika dilakukan juga.

3. Beli peralatan sekolah dengan watak kartun
Belikan peralatan sekolah dengan watak kartun yang diminati dan pupuk semangat untuk ke sekolah bersama dengan barang-barang milik peribadi mereka.

4. Elak ucap 'bye-bye'
Daripada mengucapkan 'bye-bye' mungkin lebih elok mengatakan 'jumpa lagi' supaya mereka tidak merasa seperti ditinggalkan. Apabila hendak meninggalkan anak di sekolah, beredar dengan senyap.

5. Beri kepercayaan kepada guru
Sekiranya anak menangis, mereka akan menangis antara 2 hingga 3 minit dan paling lama 10 minit. Guru lebih arif bagaimana memujuk anak tanpa kehadiran ibu bapa.

6. Guna taktik carta bintang
Guru atau ibu bapa boleh sediakan carta bintang iaitu pujian dalam bentuk bertulis setelah murid atau anak berjaya buat sesuatuyang positif di bilik darjah dan semasa pembelajaran bersama kawan-kawannya.

7. Lawatan awal ke sekolah
Buat lawatan awal ke sekolah yang bakal dihuni oleh anak-anak supaya mereka terbiasa dengan suasana dan persekitaran baru.

8. Berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah
Banyakkan berkomunikasi sepanjang perjalanan ke sekolah dengan cerita yang seronok tentang sekolah, guru dan kawan-kawan baru.

9. Elak ganjaran berbentuk mainan
Elakkan memberi duit atau upah atau ganjaran berbentuk mainan atau apa sahaja untuk membuatkan mereka mahu berada di sekolah. Didik dengan cara motivasi dalaman iaitu suka berada di sekolah dengan rela hati kerana kawan, kerana guru, kerana suasana dan kerana suka belajar.

10. Bawa anak berjumpa atau bermain dengan kawan baru
Bawa mereka berjumpa atau bermain dengan kawan baru yang akan berada di sekolah yang sama. Ini boleh memastikan mereka tahu mereka ada kawan-kawan yang dikenali di sekolah baru.

Sumber:
Profesor Madya Dr. Mariani Md Nor
Dekan & Pakar Psikologi
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Dibawakan oleh: astro awani