MAKLUMAN HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID PRASEKOLAH SESI 2016


Tarikh : 1 Disember 2015


Kepada,

Ibu Bapa/ Penjaga 
___________________________________


Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI MURID PRASEKOLAH SESI 2016
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pendaftaran dan Orientasi Prasekolah kepada murid-murid yang telah membuat pengesahan penempatan di sekolah ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
            Tarikh       :   28 Disember, 2015 (Isnin)
            Masa        :   8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
            Tempat     :   Prasekolah, SK Putrajaya Presint 8(1)
            Pengisian :
                                   ·           Pendaftaran dan Pengurusan Rekod & Keperluan Murid
                                   ·           Ucapan Aluan Guru Besar
                                   ·           Pelantikan Jawatankuasa Pemuafakatan 2016
                                   ·           Taklimat Prasekolah
                                   ·           Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Bil. 1/2016
           
3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya memohon Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan supaya hadir bagi melancarkan pengurusan pendaftaran dengan membawa bersama dokumen-dokumen yang masih belum diserahkan mengikut keperluan sepertimana dalam Surat Tawaran Kemasukan ke Prasekolah Tahun 2016.
           
4.   Segala kerjasama daripada pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
                      t/t
…………………………………...
(HJH. NAEMAH BINTI ISMAIL)
 Guru Besar  Cemerlang
 SK Putrajaya Presint  8(1)    

Majlis Graduasi Prasekolah Kali Ke-9

Tarikh : 3.11.2015
Tempat : Dewan Serbaguna Presint 8








Bestarian Kejora Putrajaya 2015


Tournament Rugby Cobra 10's

7. November. 2015
Padang Astaka, Petaling Jaya.